
Baca doa akhir tahun – Selepas waktu Asar hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan ampunkan segala dosa-dosa yang lalu).
Baca doa awal tahun - Apabila masuk waktu Maghrib hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan mengutuskan dua malaikat agar kita terpelihara dari melakukan maksiat).
1 – 10 Muharram adalah disunatkan berpuasa.
16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram
1. Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram
Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali (Ap abi la sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu” kita berdoa di dalam hati tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak. Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum.
2. Puasa sunat pada hari 9 Muharram (Tasua’) dan 10 Muharram (Asaura). Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah.
3. Menyapu kepala anak yatim. Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan. Allah akan mengangkat darjat kita.
4. Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.
5. Mandi sunat. Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.
6. Menziarahi rumah orang alim.
7. Menziarahi orang sakit. Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam
8. Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.
9. Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata
10. Menziarahi kaum keluarga
11. Mengerat kuku
12. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali. Allah akan memandang dengan belas kasihan.
13. Sembahyang sunat 4 rakaat – 2 salam (2 rakaat x 2). (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala) Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat. Allah akan mengampunkan dosa 50 tahun yang lalu
14. Banyakkan bersedekah. Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700.
15. Beri makan/pakaian kepada fakir miskin. Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga.
16. Berzikir (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali

just nak share ngan sahabat2 yang sudah ada anak kecil..bakal ada...ataupun adik2 kecik..
tanggal 11hb Mac yg lalu...tepat jam 6.00 petang saya dan rakan2 memergikan diri ke pasar malam bdekatan rumah kami..
setelah buat pusingan yang ke2 di pasar tu, masing2 mula mmbeli mkanan pilihan qalbu masing2..
tiba2...aku bjln bersorangan..rupanya 2 kawan ku itu brhenti mmbeli cocok2..
aku mnunggu mreka di dpan sbuah gerai mainan...
tanpa kusedari..ada anak kecil lelaki (lingkungan 3 tahun lbey) mngekoriku sedari tadi..biasalah jln menonong..x tgk kiri kanan pun..
anak kecil tuh turut berhenti di gerai mainan menuruti ku..
sambil d tgnnnya..ada 1 plastik ayam goreng..
leka sungguh dia mlihat gajah bergerak dgn kuasa bateri itu...
sekali sekala dia bckp2 seolah2 sungguh teruja dgn mainan tersebut...
acap kali jugak dia bercakap dgnku...
aku hanya melayan..krana memg aku sgt sygkan kanak2..
tiba2 dia mndongak kpalanya..
tiba2 dia sebak..matanya bertakung air mata..merah...
dia trus pergi..
terpinga2 aku..dlm hati..aku ada wat salah ke??
dia trus terkedek2 sperti mncari sesuatu..
lalu dia rebah ...
dia mnjerit..mak3!!
rupa2nya anak kecil tuh mncari mak dia..
seluruh warga pasar mnjadi kecoh..
c anak kecil ni x mahu didokong..
dia mnangis sekuat hati..
seorang pakcik berusaha memujuknya smbil riuh brtnya..
"ada sape2 hilang anak??"
anak kecil tuh mnangis smbil mronta2 dilepaskan..
x biasa dgn org yg x dikenali kot...
pakcik gerai mainan tuh brtnya knapa sungguh gamat pasar malam nih..
then..istri dia mnjwb..bdk tuh hilang emak..igtkan dia nih (aku lah yg dmaksudkan tu) mak budak tuh..rupanya bdak tuh salah org..
masa tu..sume ibu bapa begitu mnggenggam erat tgn anak masing2 takut pkra yg sama terjadi pd mreka...(bgitulah org melayu..sudah terhantuk baru nak tergadah)
tp aku rasa sgt x smpi hati..
si kecil menangis smkn kuat..
x smpi hati mninggalkan dia begitu..rasa cam anak sdrik plak..
huk3..sdey..
rasa mcm salah aku...
nak mlgkah pulang pun..rasa berat..tp memndgkan da dkt waktu berbuka puasa..
aku mmbtalkan hajat tuk mnunggu kesudahan kisah si kecil nih..
byk kali ku mnoleh ke blkg tuk mlihat bdak tuh..trasa sgt sdey mlihat anak kecil tuh..

thus..
kpada semua..
jaga lah anak2 baik...elakkan bawa ke tempat public..
sekiranya boley d kawal..silakan..
byk sgt kes pnculikan n jual anak skrg..
"Sediakan payung sblm hujan"
~perkongsian utk peringatan bersama.~

comey x video kt atas???
x de kaitan dgn mothers day..just sgt suke dgn vdeo d atas...how da bear express his mother so important to him.....
ok..kali nih...x dan nk cite sal arwah..just tringat..Alfatihah...
cite kt bwah nih d ambil dr blog kwn sy...tuk igtn syume...
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga smpi demam2....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
(yg nih x sempat)
bila sesorang ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:~story~
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....n aku sentiasa rasakannya..
ehm..
Berapa ramai yang sanggupmenyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggupmencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggupmengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggupmembersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggupmembuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
~story sal jasa mak~
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu".Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
sama2lah mengenang jasa ibu bapa kita..tanpa mreka sapelah kita..
yg msih ada..berbaktilah sehabis baik..yg tiada..ingatlah hanya ada 3 benda yg msih mmpu hubungkn kita dgnnya..=)
kakak sayang mak..=) pasti kalian pon bgitu..show ur love to them..~peace~
