Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Monday, December 13, 2010

Amalan di Bulan Muharam...







Baca doa akhir tahun –   Selepas waktu  Asar  hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan ampunkan segala dosa-dosa yang lalu).

Baca doa awal tahun -     Apabila masuk waktu Maghrib hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan mengutuskan dua malaikat agar kita terpelihara dari melakukan maksiat).

1 – 10 Muharram adalah  disunatkan berpuasa.

16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram 

1.    Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram

      Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak    7 kali (Ap abi la sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu”  kita berdoa di dalam hati  tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak.  Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum. 

2.    Puasa sunat pada hari 9 Muharram  (Tasua’) dan 10 Muharram (Asaura). Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah. 

3.    Menyapu kepala anak yatim.  Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan.  Allah akan mengangkat darjat kita. 

4.    Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.

5.    Mandi sunat.  Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit. 

6.    Menziarahi rumah orang alim. 

7.    Menziarahi orang sakit.  Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam 

8.    Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga. 

9.    Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata 

10.   Menziarahi kaum keluarga 

11.   Mengerat kuku 

12.   Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali.  Allah akan memandang dengan belas kasihan. 

13.   Sembahyang  sunat 4 rakaat – 2 salam  (2 rakaat x 2). (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala) Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat.  Allah akan mengampunkan dosa  50 tahun yang lalu

14.   Banyakkan bersedekah.  Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700. 

15.   Beri makan/pakaian kepada fakir miskin.  Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga. 

16.   Berzikir  (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali



Oh Ibu..part 2




comey x video kt atas???
x de kaitan dgn mothers day..just sgt suke dgn vdeo d atas...how da bear express his mother so important to him.....


ok..kali nih...x dan nk cite sal arwah..just tringat..Alfatihah...


cite kt bwah nih d ambil dr blog kwn sy...tuk igtn syume...




Bila dahaga, yang susukan aku....mak 
Bila lapar, yang suapkan aku....mak 

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak 
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak

Bila bangun tidur, aku cari....mak 
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak

Bila nak bermanja, aku dekati....mak 
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak 
Bila nakal, yang memarahi aku....mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak 
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak 
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak 

Aku selalu teringatkan ....mak 
Bila sedih, aku mesti talipon....mak 

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak 

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak 

Bila nak exam, orang paling sibuk juga smpi demam2....mak 
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak 

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak 
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak 
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak 

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak 
Yang selalu berleter kat aku...mak 
Yang selalu puji aku....mak 
Yang selalu nasihat aku....mak 

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
(yg nih x sempat)


bila sesorang ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari.......pasanganku 
Bila sedih, aku cari......mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku 
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku 
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku 
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku 
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku 
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku 
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:~story~
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? 


mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....n aku sentiasa rasakannya..

ehm..
Berapa ramai yang sanggupmenyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggupmencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggupmengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggupmembersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggupmembuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... 

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

~story sal jasa mak~

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:


1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.


1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

sama2lah mengenang jasa ibu bapa kita..tanpa mreka sapelah kita..
yg msih ada..berbaktilah sehabis baik..yg tiada..ingatlah hanya ada 3 benda yg msih mmpu hubungkn kita dgnnya..=)

kakak sayang mak..=) pasti kalian pon bgitu..show ur love to them..~peace~







Friday, December 10, 2010

Senyumlah2 ahai cek mek molek....

senyum??senyum tu kan sedekah...senyum mmpu mredakan kemarahan org...n senyuman kite sgt2 berharga...tuk org yg sgt mnyayangi kite...smpi ada yg ckp...

"andai diberikan emas permata..ku pilih senyumanmu...ahaks..."

ckp sal senyum...be4 kite baca fakta2 tentang senyum nih...just nk share...a song....yg have its own memory in my heart..mula minat pun sbb zahid...minat kt dia dulu..hihi...layanz!!




Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda 'tidak siuman'. Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah "Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.

Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.

15 fakta menarik sal senyum :

 1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.


8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". 


Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.tgk kambing pun pndai senyum manis mnguntum lagi....peace!!












Thursday, December 9, 2010

I LoVe U...

    How to say I Love You in 100 Languages 
    juz wanna share dis universal word.....sonot jugak dpt blajo byk bhasa kn?jom kite sama2 kayakan vocab kite...hehehe tp sblum tuh..meh tgk video bear2 yg sgt comey nih..huk3




sweet kan bear di atas inih....comey shangat2...huk3...ok....lets begin...


ok...kita start dengan....yg pling senang...

    English - I love you




      then...here comes yg susah nk eja pun....


      Afrikaans - Ek het jou lief

      Albanian - Te dua

      Arabic - Ana behibak (to male)

      Arabic - Ana behibek (to female)
      Armenian - Yes kez sirumem 

      Bambara - M'bi fe

      Bengali - Ami tomake bhalobashi (pronounced: Amee toe-ma-kee bhalo-bashee)

      Belarusian - Ya tabe kahayu

      Bisaya - Nahigugma ako kanimo

      Bulgarian - Obicham te

      Cambodian - Soro lahn nhee ah

      Catalan - T'estimo

      Cherokee - Tsi ge yu i 

      Cheyenne - Ne mohotatse

      Chichewa - Ndimakukonda

      Chinese
      Cantonese - Ngo oiy ney a 
      Mandarin - Wo ai ni

      Comanche - U kamakutu nu
      (pronounced oo----ka-ma-koo-too-----nu) -- Thx Tony

      Corsican - Ti tengu caru (to male) 

      Cree - Kisakihitin 

      Creol - Mi aime jou

      Croatian - Volim te

      Czech - Miluji te

      Danish - Jeg Elsker Dig

      Dutch - Ik hou van jou

      Elvish - Amin mela lle (from The Lord of The Rings, by J.R.R. Tolkien) 

      Esperanto - Mi amas vin

      Estonian - Ma armastan sind

      Ethiopian - Afgreki'

      Faroese - Eg elski teg

      Farsi - Doset daram

      Filipino - Mahal kita

      Finnish - Mina rakastan sinua

      French - Je t'aime, Je t'adore

      Frisian - Ik hald fan dy 

      Gaelic - Ta gra agam ort

      Georgian - Mikvarhar

      German - Ich liebe dich

      Greek - S'agapo

      Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo 

      Hiligaynon - Palangga ko ikaw

      Hawaiian - Aloha Au Ia`oe 
      Hebrew 
      To female - "ani ohev otach" (said by male) "ohevet Otach" (said by female)
      To male - "ani ohev otcha" (said by male) "Ohevet ot'cha" (said by female)

      Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw 

      Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae

      Hmong - Kuv hlub koj

      Hopi - Nu' umi unangwa'ta

      Hungarian - Szeretlek

      Icelandic - Eg elska tig

      Ilonggo - Palangga ko ikaw

      Indonesian - Saya cinta padamu

      Inuit - Negligevapse

      Irish - Taim i' ngra leat

      Italian - Ti amo

      Japanese - Aishiteru or Anata ga daisuki desu

      Kannada - Naanu ninna preetisuttene 

      Kapampangan - Kaluguran daka

      Kiswahili - Nakupenda

      Konkani - Tu magel moga cho

      Korean - Sarang Heyo or Nanun tangshinul sarang hamnida 

      Latin - Te amo

      Latvian - Es tevi miilu

      Lebanese - Bahibak

      Lithuanian - Tave myliu

      Luxembourgeois - Ech hun dech gaer 

      Macedonian - Te Sakam 

      Malay - Saya cintakan mu / Aku cinta padamu 

      Malayalam - Njan Ninne Premikunnu

      Maltese - Inhobbok 

      Marathi - Me tula prem karto

      Mohawk - Kanbhik

      Moroccan - Ana moajaba bik

      Nahuatl - Ni mits neki

      Navaho - Ayor anosh'ni

      Ndebele - Niyakutanda

      Norwegian 
      Bokmaal - Jeg elsker deg
      Nyonrsk - Eg elskar deg

      Pandacan - Syota na kita!!

      Pangasinan - Inaru Taka

      Papiamento - Mi ta stimabo

      Persian - Doo-set daaram

      Pig Latin - Iay ovlay ouyay

      Polish - Kocham Ciebie

      Portuguese - Eu te amo

      Romanian - Te iubesc

      Russian - Ya tebya liubliu

      Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort 

      Serbian - Volim te

      Setswana - Ke a go rata

      Sign Language - ,\,,/ (represents position of fingers when signing 'I Love You')

      Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan 

      Sioux - Techihhila

      Slovak - Lu`bim ta

      Slovenian - Ljubim te

      Spanish - Te quiero / Te amo

      Swahili - Ninapenda wewe

      Swedish - Jag alskar dig

      Swiss-German - Ich lieb Di

      Surinam - Mi lobi joe 

      Tagalog - Mahal kita

      Taiwanese - Wa ga ei li

      Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe

      Tamil - Nan unnai kathalikaraen

      Telugu - Nenu ninnu premistunnanu 

      Thai
      To female - Phom rak khun
      To male - Chan rak khun
      Informal - Rak te 

      Tunisian - Ha eh bak 

      Turkish - Seni Seviyorum

      Ukrainian - Ya tebe kahayu

      Urdu - mai aap say pyaar karta hoo 
      Vietnamese
      To female - Anh ye^u em 
      To male - Em ye^u anh 

      Welsh - 'Rwy'n dy garu di    

      Yiddish - Ikh hob dikh

      Yoruba - Mo ni fe

      Zazi - Ezhele hezdege

      Zuni - Tom ho' ichema 


      huk3....camane?? terbelit2 lidah?? haih...pandai dah ckp 100 bahasa nih....syabas bettey !! anyway..i love u tooo.....






      and this song sgt2 digemari tyme kicik2 dolu2 sbb sgt2 mnat barney..hehehe..dedicated to all...









      Thursday, December 2, 2010

      fadhilat berzikir





      Hafiz ibnu Qaiyim R.A. adalah seorang ulama hadis yang termashur, di dalam risalah Al-Wabil beliau menggariskan beberapa kelebihan berzikir antaranya:

      * Zikir menjauhkan syaitan dan melemahkan kekuatannya

      * Zikir menyebabkan Allah redha

      * Zikir menjauhkan dukacita daripada hati manusia

      * Zikir menggembirakan hati

      * Zikir menguatkan badan dan menyeronokan sanubari

      * Zikir memurahkan rezeki

      * Zikir adalah sinaran hati dan muka

      * Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya seseorang merasa gentar

      * Zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah kerana cinta itulah roh islam, jiwa agama, dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.

      * Zikir adalah mendatangkan hakikat Muraqabah dan Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat ihsan. Dengan adanya martabat ihsan maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah ia melihatNya

      * Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah menjadi pelindung dan pembantu baginya.

      * Zikir adalah membawa seseorang kepada Takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan semakin bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah.

      * Zikir adalah membuka pintu makrifat Allah

      * Zikir melahirkan keagungan dan kehebatan Allah dan semangat merapatkan diri kepada Allah.

      * Zikir adalah menyebabkan Allah ingat kepada seseorang yang ingat kepadanya seperti mana disebutkan di dalam Al-Quran (surah Al Baqarah 151) "Fazkuruunii azkurkum" ertinya; "kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat pula kepada mu".



      Oleh itu....marilah sama2...kita amalkan zikir ini....moga2 diterima oleh NYA....






      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...